fbpx

Mata merupakan salah satu organ yang penting bagi setiap manusia. Tanpa mata, bagaimana seseorang itu dapat melihat keindahan alam sekitar? Dalam falsafah sains, mata merupakan deria penglihatan bagi manusia. Selain itu, manusia juga mempunyai deria rasa, deria bau dan deria mendengar. Namun demikian, berapa ramai yang mengambil berat tentang mata? Mengapa manusia memandang remeh terhadap penjagaan mata yang betul? Berikut adalah beberapa tips berkaitan penjagaan mata anda.

 

  1.   Pemakanan

Tahukah anda setiap pemakanan yang diambil oleh manusia boleh memberi kesihatan dan kemudaratan kepada diri anda? Walaupun begitu, anda tetap memilih pemakanan yang tidak sihat seperti makanan segera (fast food), makanan ringan (junk food), minuman manis dan minuman berkarbonat kerana ianya sedap berbanding makanan yang sihat. Sekiranya pemakanan ini diambil secara berterusan, ia bakal merosakkan penglihatan anda. Sebagai contoh, minuman manis atau berkarbonat boleh mengakibatkan penyakit kencing manis (diabetes). Pesakit yang mempunyai penyakit kencing manis (diabetes) boleh menyebabkan mata mereka menjadi kabur atau lebih serius lagi hilang penglihatannya jika tidak mengawal kadar kencing manis agar berada pada tahap normal.

 

Sumber: https://ms.medicineh.com/43-slideshow-eyes-sight-foods-51447.

 

Anda disarankan mengamalkan vitamin A dan vitamin C untuk penjagaan mata. Vitamin A dapat membantu melindungi mata anda manakala vitamin C mampu mengurangkan risiko katarak mata. Tomato, lobak, susu dan anggur merupakan sumber pemakanan yang baik untuk mata anda. Makanan ini baik diamalkan setiap hari dalam kuantiti yang betul agar dapat menjadikan mata anda sihat. Selain itu, elakkan pembelian ubat-ubatan mata secara dalam talian (online) sekiranya tiada pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sah kerana ia boleh menyebabkan keadaan mata anda menjadi semakin teruk. Oleh itu, amalkan pemakanan yang betul agar mata anda berada dalam keadaan yang sihat.

 

  1.   Kaca mata UV

Sinaran ultralembayung (UV – ultraviolet) yang berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan kulit. Berdasarkan artikel www.hmetro.com.my, kerosakan mata berlaku kerana kira-kira 99 peratus sinar UV diserap oleh bahagian depan mata. Kesan kronik kerosakan mata akibat pendedahan berlebihan kepada sinar UV juga boleh menyebabkan mata menjadi buta. Penggunaan kaca mata yang mempunyai UV amat penting kerana ia dapat melindungi mata anda dari sinaran ultralembayung yang berbahaya.

 

Sumber: https://www.amazon.in/Super-effective-Anti-UV-Protection-Eyewear-Glasses/dp/B0842S8H5V.

 

Selain itu, anda perlulah mendapatkan pemeriksaan mata agar kaca mata tesebut sesuai dengan mata anda. Kesan buruk jika anda tidak memakai kaca mata hitam yang mempunyai perlindungan UV boleh menyebabkan berlakunya katarak pada mata anda. Apakah pilihan yang bakal anda ambil untuk menjaga mata anda?

 

  1.   Kaedah membaca buku

Siapa yang tidak pernah membaca buku? Sejak kecil hingga dewasa, manusia akan membaca buku. Hanya masa yang diperuntukkan untuk membaca buku yang membezakan anda dengan orang lain. Tambahan pula, teknologi yang canggih pada hari ini membolehkan anda membaca buku dari telefon pintar dan buku ini dikenali sebagai eBook. Namun demikian, sesetengah manusia lebih cenderung membaca buku cetakan seperti komik, majalah dan novel. Hal ini kerana, novel yang dicetak dan berada di pasaran sudah memiliki permulaan dan penamat mengenai jalan cerita manakala eBook yang memiliki status novel biasanya dalam proses dan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan jalan ceritanya. Bagi pembaca, tidak hairanlah jika mereka dapat menghabiskan masa membaca sebuah novel yang dicetak dalam masa satu hari.

 

Sumber: www.freepik.com.

 

Adakah mata anda berasa sakit setelah anda menghabiskan masa membaca novel? Jawapannya mestilah ya. Hal ini terjadi kerana anda membaca novel dalam jangka masa yang panjang. Anda perlu memastikan jarak mata anda dengan buku berada dalam 30cm hingga 40cm. Otot-otot mata anda akan menjadi tegang untuk fokus sekiranya anda membaca dalam jarak yang dekat dan boleh mengakibatkan sakit kepala berlaku. 

 

  1.   Penggunaan gadget

Adakah anda memiliki gadget? Gadget adalah alatan teknologi seperti telefon pintar (smartphone), computer riba (laptop), tab dan peralatan permainan seperti PlayStation. Penggunaan gadget dalam tempoh yang lama boleh mengakibatkan rabun jauh, pening kepala, mata kering dan penglihatan menjadi kurang jelas. Anda disarankan untuk berehat seketika setelah menggunakan gadget selama 20 minit. Anda mungkin boleh berehat selama 5 minit dan meneruskan penggunaan gadget. Dengan kaedah ini, mata anda tidak akan mengalami keletihan yang teruk akibat penggunaan gadget dalam tempoh masa yang panjang.

 

Sumber: https://www.pottglasses.com/author/eden/page/2/.

 

Kesimpulannya, setiap manusia perlulah menghargai mata yang anda miliki. Sekiranya mata anda rosak, ia diibaratkan seperti anda telah kehilangan permata yang berharga pada diri anda. Elakkan mengambil ubat-ubatan yang dibeli secara atas talian. Anda disarankan untuk tidur secukupnya dan menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Oleh itu, jagalah mata anda sebaik-baiknya.

 

Anda rasa tidak perlu memakai cermin mata? Anda tidak ingin mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berkaitan masalah mata anda? Jangan risau, anda boleh mencuba produk Qorrotaaini sebagai alternatif untuk merawat rabun jauh, rabun dekat atau rabun silau anda. Anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan cara yang berkesan untuk merawat masalah mata anda. Anda boleh melawat website  http://www.qurrotaaini2u.com/, Facebook https://www.facebook.com/hq.qurrotaaini/ dan Shopee https://shopee.com.my/6m934d458b7jsnos74049_91ppm2?categoryId=129&itemId=5561562041&fbclid=IwAR2NXNPQjZJ4WhkTvL6Kx54WR-KpsLkVljGj8nUAyQFviWACPZGQtvD98zc.

 

Sumber: http://www.qurrotaaini2u.com/.

 

 

Sekiranya anda berminat untuk membina bisnes online dengan kami. Anda boleh melayari laman sesawang www.digitalmarketer2u.com atau menghubungi kami melalui WhatsApp https://bit.ly/32ot385 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *