fbpx

Mata adalah antara organ yang penting bagi manusia. Adakah anda mengetahui bagaimana hendak menjaga mata anda agar kekal sihat? Sekiranya tubuh anda memerlukan kalsium untuk tulang kekal sihat dan kuat, apakah yang diperlukan oleh mata agar kekal cantik? Sudah semestinya penjagaan dari segi makanan. Pemakanan yang memainkan peranan penting pada mata adalah vitamin. Dengan adanya kehadiran vitamin, fungsi mata terutamanya bahagian retina dapat kekal sihat kerana memiliki pemakanan yang khusus.

 

Inginkan mata yang sihat. Sumber:

http://www.majalah-holiday.com/2016/09/empat-bahan-alami-yang-akan-membuat.html.

 

Namun demikian, terdapat segelintir masyarakat yang mengambil berat tentang pemakanan yang sihat untuk mata mereka terutamanya vitamin. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mengendahkan kesihatan mata mereka sehingga mendapat penyakit yang tidak diingini. Antara penyakit mata yang biasa berlaku di kalangan masyarakat  adalah seperti rabun jauh, rabun dekat dan rabun silau malahan penyakit kencing manis merupakan penyakit yang serius sehingga mengganggu penglihatan sekiranya pesakit tidak mengawal kadar kencing manis agar berada pada tahap normal. Pengambilan nutrisi yang seimbang dan pemakanan yang betul mampu mengekalkan kesihatan mata anda. Oleh itu, terdapat beberapa jenis vitamin yang diperlukan oleh mata untuk kekal sihat.

 

Pemakanan yang sihat. Sumber: https://www.moh.gov.my/.

 

 

  1. Vitamin A

Vitamin A dapat membantu mata anda yang mengalami masalah penglihatan kabur pada waktu suram atau gelap. Ia juga dikenali sebagai rabun malam. Sekiranya pengambilan vitamin A diamalkan secara berterusan, ia dapat mencegah buta malam, katarak dan melambatkan kerosakan mata akibat penyakit kencing manis (diabetes). Contoh pemakanan yang dikategorikan dalam vitamin A adalah daging, tomato, lobak merah, telur, susu, mentega, minyak ikan dan sayur-sayuran oren dan hijau.

 

Lobak merah yang mengandungi vitamin A. Sumber:

https://m.brilio.net/creator/6-makanan-yang-mengandung-vitamin-alami-untuk-mata-526559.html.

 

  1. Vitamin B

Vitamin B mampu mengekalkan kesihatan mata anda. Vitamin B memainkan peranan pada bahagian saraf mata. Sekiranya kekurangan vitamin B, mata anda akan menjadi warna merah, rasa panas dan sensitive terhadap cahaya dan yang lebih serius lagi boleh menyebabkan masalah katarak berlaku. Pengambilan vitamin B dapat mencegah perkembangan anemia (kekurangan sel darah merah). Antara pemakanan yang diklasifikasikan sebagai Vitamin B adalah hati, bijirin, daging lembu, telur, kekacang, yis, ikan, ayam dan soya.

 

  1. Vitamin C

Vitamin C merupakan vitamin yang popular di kalangan masyarakat. Vitamin C memiliki antioksidan yang kuat dan dapat menyahtoksin pada tubuh badan anda. Namun demikian, ia juga dapat menguatkan kapilari sistem mata. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penglihatan anda menjadi kurang tajam dan boleh mengakibatkan tisu penghubung organ berdarah. Antara pemakanan yang mengandungi vitamin C adalah cranberry, tomato, kentang dan buah-buahan sitrus.

Contoh buah-buahan sitrus. Sumber:

https://www.nona.my/kaya-dengan-anti-oksidan-khasiat-buah-buahan-sitrus-bantu-awet-muda-kekal-sihat/.

 

  1. Vitamin E

Vitamin E dapat mencegah berlakunya katarak pada mata. Ia juga dapat memastikan saluran darah dan retina pada mata kekal sihat. Pemakanan yang mengandungi vitamin E adalah seperti telur, kacang, bijirin, minyak sayur-sayuran, roti gandum, jagung dan sayur-sayuran hijau.

Kesimpulannya, pengambilan vitamin amat diperlukan oleh mata anda. Berdasarkan Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, Dietary Guidelines for Americans yang dikeluarkan oleh U.S. Department of Health and Human Services and the Department of Agriculture, diet sihat bermaksud anda perlulah mengutamakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, susu dan produk susu tanpa lemak atau rendah lemak. Seterusnya, pengambilan makanan yang merangkumi daging, ikan, kekacang dan telur. Disamping itu, anda digalakkan mengamalkan pemakanan yang rendah lemak dan mengurangkan makanan yang mengandugi kolesterol, garam dan gula tambahan.

Selain itu, hasil dari kajian oleh National Eye Institute, AREDS (The Age-Related Eye Disease Study) telah menunjukkan kombinasi agen antioksidan yang tinggi bersama Vitamin A, C dan E serta mineral mampu menurunkan risiko masalah penyakit mata Degenerasi Makula (Macular Degeneration) dan Katarak. Tambahan pula, mata kering dan lebam di sekeliling mata antara penyakit mata utama yang berisiko tinggi akibat kekurangan vitamin. Oleh itu, marilah mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil vitamin agar mata dapat kekal sihat.

 

Anda rasa tidak perlu memakai cermin mata? Anda tidak ingin mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berkaitan masalah mata anda? Jangan risau, anda boleh mencuba produk Qorrotaaini sebagai alternatif untuk merawat rabun jauh, rabun dekat atau rabun silau anda. Anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan cara yang berkesan untuk merawat masalah mata anda. Anda boleh melawat website  http://www.qurrotaaini2u.com/, Facebook https://www.facebook.com/hq.qurrotaaini/ dan Shopee https://shopee.com.my/6m934d458b7jsnos74049_91ppm2?categoryId=129&itemId=5561562041&fbclid=IwAR2NXNPQjZJ4WhkTvL6Kx54WR-KpsLkVljGj8nUAyQFviWACPZGQtvD98zc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *