fbpx

Masyarakat kini dipenuhi dengan peralatan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa. Dengan adanya kewujudan telefon bimbit yang digunakan untuk berkomunikasi tanpa sempadan, televisyen untuk ditonton sendirian atau bersama keluarga dan rakan-rakan bagi mengisi masa lapang dan perkembangan teknologi daripada komputer ke komputer riba dan seterusnya notepad yang digunakan untuk mencari maklumat menggunakan sambungan rangkaian (WiFi). Ia menunjukkan perkembangan teknologi yang pesat memberi kelebihan kepada masyarakat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan berkomunikasi dengan masyarakat di seluruh dunia hanya dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi dan sambungan rangkaian (WiFi). Namun demikian, adakah anda tahu betapa bahayanya jika anda banyak menggunakan masa dengan teknologi tanpa had? Ia akan memberi kesan yang buruk kepada diri anda terutamanya mata. Apakah jenis-jenis penyakit mata utama yang sering dihadapi oleh masyarakat masa kini?

 

  1. Rabun Jauh (Long-Sightedness)

Rabun jauh adalah sejenis penyakit mata yang berlaku apabila seseorang itu melihat objek yang jauh dari pandangan matanya dan penglihatannya menjadi kabur. Mengapa rabun jauh boleh terjadi pada diri anda?

 

Sumber: https://www.honestdocs.id/miopi-rabun-jauh-gejala-penyebab-pengobatan

 

Bagaimana anda ingin mengetahui mata anda mempunyai rabun jauh? Sebagai contoh, diri anda tidak dapat membaca nombor plat kenderaan yang berada jauh dari pandangannya dan apabila kereta tersebut berhenti di lampu isyarat baru dia dapatelihat nombor plat kenderaan tersebut pada jarak dekat. Selain itu, ketika anda sedang menonton televisyen yang mempunyai sarikata(subtitles) dan anda tidak dapat melihat sarikata(subtitles) tersebut dengan jelas, maka ia menunjukkan bahawa mata anda berkemungkinan mempunyai rabun jauh.

 

2. Rabun Dekat (Short-Sightedness)

Rabun dekat berlaku ketika anda tidak dapat melihat objek yang berada di hadapan anda dengan jelas. Berdasarkan hellodoktor.com, mata anda akan berasa letih, rasa pedih dan sakit di sekeliling mata. Selain itu, anda mengalami ketidakselesaaan pada mata atau sakit kepala selepas membuat kerja jarak dekat dalam tempoh yang lama seperti membaca, menulis, kerja menggunakan komputer atau melukis.Sebagai contoh, anda tidak dapat melihat botol air yang berada di hadapan anda dengan jelas atau kabur sedangkan botol air tersebut berada dalam keadaan yang dekat dengan mata anda. Perkara-perkara ini dapat menentukan sama ada anda memiliki rabun dekat atau tidak.

 

Sumber: https://ms.approby.com/snellen-eye-snellen-eye-chart-untuk-ujian-visi/

 

3. Rabun silau (Astigmatism)

Rabun silau berlaku apabila penglihatan anda menjadi kabur ketika mata anda terkena cahaya lampu. Yang lebih membimbangkan apabila mata anda tidak dapat melihat langsung apabila terkena cahaya. Sekiranya anda memiliki rabun silau yang tinggi, penglihatan anda akan menjadi kurang jelas pada jarak dekat dan jauh. Jika anda memandu pada waktu malam dan mata anda terkena lampu tinggi dari kenderaan yang berlawan arus, penglihatan anda akan menjadi kabur sehingga anda tidak dapat melihat kenderaan di hadapan anda. Keadaan ini amat berbahaya bagi pemandu lain yang sedang berada di atas jalan kerana boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya. Oleh itu, anda disarankan untuk memakai cermin mata atau sekiranya serius, dapatkan rawatan daripada doktor.

 

Sumber: https://ibnusinastore.com/rabun-silau/

 

Anda rasa tidak perlu memakai cermin mata? Anda tidak ingin mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berkaitan masalah mata anda? Jangan risau, anda boleh mencuba produk Qorrotaaini sebagai alternatif untuk merawat rabun jauh, rabun dekat atau rabun silau anda. Anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan cara yang berkesan untuk merawat masalah mata anda. Anda boleh melawat website  http://www.qurrotaaini2u.com/, Facebook https://www.facebook.com/hq.qurrotaaini/ dan Shopee https://shopee.com.my/6m934d458b7jsnos74049_91ppm2?categoryId=129&itemId=5561562041&fbclid=IwAR2NXNPQjZJ4WhkTvL6Kx54WR-KpsLkVljGj8nUAyQFviWACPZGQtvD98zc. 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *